semoga semuanya selamat dan dipermudahkan

kurang 24 jam dari sekarang, mak n abah akan berangkat ke madinah. pastu baru ke mekah utk menunaikan umrah.Alhamdulillah..bersyukur pada Allah akhirnya mak n abah jadi tetamu Allah.


tadi kami ym dgn mak. borak2 kosong, buat2 lawak n tiba2 disconnected.mmg saje pun. lepas tu saya call je. kami bermaaf-maafan. saya mmg camtu la. biarla dengar suara je. tak sanggup nak tengok mak sedih n tak sanggup nak tgk diorg nampak kita mengalirkan airmata.

biasakan kalau kita hantar org g haji mesti cam sadis kan? sedih sbb lama berpisah. dalam pada masa yg sama bersyukur sbb org yg dihantar tu insan yg dipilih Allah utk jadi tetamu-Nya. Abah saya dah g haji masa tahun 1999.masa tu saya form five. mak mmg banyak berkorban.sanggup taknak pegi sbb tak sampai hati nak tinggalkan kami tiga beradik.puas la kami bgtau mak "kitorg takde pape la mak". tp mak tetap dgn pendirian dia.nak g buat umrah ni pun mcm tu laa. nak tunggu adik kawen. bila adik dh kawen means dah ada org jaga,tak perlu nak risau. tu la hati seorg ibu.

saya mmg respect dgn mak. ketabahan.kekuatan. sanggup korbankan apa saja demi anak2. banyak saya terhutang budi dengan mak n abah. masa bersalinkan balqish kemain nak bersalin swasta.tp duit cukup2 utk bersalin normal. tetiba kena caesar. hmmm...mane la nak cekau duit time tu. mak la yg bayar sume kos tu. Alhamdulillah, murah rezeki mak abah,.sebab tu la saya tak boleh nak berkira2 dengan mak abah. kereta wira yg saya pakai dulu, mak abah yg bayar down payment. pastu diorg bayar bulan2. saya cuma bayar utk tiga tahun je.sbb tu la saya tak anggap tu kereta saya sekarang adik yg pakai, saya bgtau mak sblm dtg uk," terima kasih atas pinjaman kereta tu, ni ogy pulangkan semula. ini bukan hak ogy.mak buatla apa yg mak suka ya".

mak abah over-protective. sangat2. sampai kami tak reti nak berdikari. bila duk sini baru la pandai nak berdikari sket.kalau tak sket2 mak...sket2 abah. terima kasih mak abah. kadang2 tu sampai mak abah tak perasan anak2 dia dah besar2. kesian kan? mak abah dah berumur..saya pernah bgtau, jangan pikir pasal anak2 pandaila kami jaga diri n family masing2.

tapi tu la. pada mereka, selagi mereka hidup, mereka nak yang terbaik utk anak cucu.Alhamdulillah, bersyukur saya ya Allah, dikurniakan mak abah sebagai parents saya. saya pernah jumpa jenis parents yg tak peduli anak2. simpan duit banyak2 utk kegunaan diri sendiri.anak susah pun taknak tolong. ok.mmg kaya tp hati tak senang la.

saya ada sorang kakak n sorg adik lelaki je. kakak kat sepang.tak dapat cuti utk hantar mak esok.weekdays kan. Alhamdulillah, Allah kurniakan adik yg sangat bertanggungjawab. diala yg uruskan mak abah. tolong kemas beg n dia jugakla yg akan wakilkan kami hantar mak n abah esok. td tgh practice nak azan n baca doa sblm mak abah keluar rumah esok. eppy..eppy..sebab tu la akak sayang sangat kat kau. biarpun usia muda, sifat tanggungjawab tu menebal. so, eppy akan jaga rumah n uruskan segalanya.

utk mak n abah, sama-sama la kita doakan semoga Allah permudahkan perjalanan mak n abah menunaikan umrah.InsyaAllah, panjang umur dapat menunaikan haji pulak.

walaupun duk jauh, perasaan sedih tu masih wujud.sebab biasanya setiap pagi celik2 mata saya akan call mak. paling sekejap pun stgh jam. tak dapat la bercakap dgn mak 10 hari ni. semoga satu ahri nanti kami pun akan jadi tetamu Allah.InsyaAllah.

2 comments:

~Mami Little Hero~ said...

My mom dah berangkat ke mekah tadi. Alhamdulillah. semoga pengorbanan mereka dibalas syurga. Tulah saya pun skype dgn my mom tapi tak nampak muka. Allah Maha Mengetahui. mungkin akan sedih menangis kalo tengok muka.

g_mulan said...

betul.sedih kan.tadi tgh masak tetiba teringat dkt mak abah...sayu rasa hati.

Pages - Menu