Saya kan...mmg jarang2 nak up status. Ada satu hari sbb boring lunch sorang kat pantry lab. Saya up satu photo ni kat fb. Kisahnya camni. Masa birthday arryan kan saya buat nasi ayam. So, selasa makan nasi ayam. Pastu org last ada la dalam 4 families bungkus jugak nasi ayam tu n tinggalkan sikit utk kami. Masalahnya kat umah tu saya je yg makan, darling say tak usik pun.
Sudahnya...dari hari selasa, lunch + dinner saya makan nasi ayam tau sampai la hari khamis. Masa ambik gambar ni hari khamis la.mmg rasa dah takleh nak telan dah. Tapi hadap la jugak sbb perut lapar...
Yg bestnya, bila dah licin tetiba geng middle east dtg nak makan n diorg cakap " wow..malaysian food. I love it. U should bring it for us one day"...hahahah.kalau tau, nak je saya swap lunch ngan diorg. Diorg ckp wife diorg malas, sbb tu diorg bawak bekal sandwich ngan buah je.hahahaha.
Disebabkan status ni la, bila jumpa org sabtu lepas, masing tanya "nasi ayam dah abis ke belum?" Dengan nada menyindir yea. Disebabkan tu jugak saya sanggup pakat2 ngan mar n bye nak tolong yuha masak nasi kerabu.sbb yuha nak angkat barang naik kontena utk balik malaysia, so nak buat nasi ayam utk makan2...tp kitorg buatkan nasi kerabu utk dia. Sanggup bergaung tenaga tu.
Next week plk naimah nak buat makan2. Kesian plk dia beria nak buat nasi ayam madu. Siap tanya saya boleh ke tak rasa bersalah plk saya.hahahaha. Saya cakap " buat je la nasi ayam naimah. Masa tu dah lupa kot rasa nasi ayam camane.haahahaha".
Sorry ye peminat nasi ayam.lps ni kalau nak buat makan2 mmg takde la saya nak buat nasi ayam lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment