waktu UK skang ni 2.03 pm.
mesti skang ni mak abah dalam kapalterbang on the way ke madinah.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Allahhuakbar...akhirnya tercapai gak hajat mak nak g mekah.
pagi tadi bangun2 tido kat malaysia dah pkl 2pm.check fb tgk2 adik dah upload gambar.mmg suh dia upload gambar mak n abah sebelum bertolak.tak dapat hantar, dapat tengok dr jauh pun jadilah. terasa macam seakan2 ada kat sana sama2 melambai tangan kat mak n abah.
sayu sangat hati.nape tah.
sedih.
bila la pulak giliran kami sekeluarga jadi tetamu Allah kan? Ya Allah...semoga kami diberi kesempatan menjadi tetamu Mu ya Allah...
gambar direct dr fb.takde edit2 punye.
ni la kesayangan saya yg tertinggal di malaysia.yang takde dlm gambar akak n abg yus.
itu la adik lelaki kesayangan saya eppy n isteri (ima).pastu mak n abah. nampak tak baby comel tu.nama tuah iskandar baru umur 30hari.
mak abah naik flight dr singapore. so, berkumpul kat masjid taman kasih kat kluang.kul 12.30pm bertolak g singapore naik bas.pas tu kul 5pm br gerak dari changi airport ke madinah. keluarga dapat hantar sampai kat masjid taman kasih ni je la. mesti mak tak sampai ati nak tinggalkan cucu dia. kalau nak tau ima ni berpantang kat rumah mak. ingatkan mak g umrah 8 april sekali dicepatkan plk.so, ima akan berpantang kat rumah parents die 10 hari ni.aritu abah sempat call besan (ayah ima) dia " saya balik umrah nanti saya nak ambil semula cucu saya tau". takut betul dia kalau cucu die taknak balik rumah die.
mak abah pergi sana dengan jiran, dengan mak ngah (kakak mak)..so takdela kami risau sangat.ramai yg dah kenal pergi saing2.boleh saling tengok menengokkan.
yang pakai jubah kaler kelabu tu mak ngah saya.yg jubah biru tu jiran sblh rumah saya. yg baju biru (lelaki muda) tu sepupu saya. saya ada dua je sepupu. sebab anak makngah ada dua org je. maklong pulak takde anak (mak tiga beradik je)...oooo..baru terasa sunyinya hidupku.
tengokla si kenit tuah melekat je ngan nenek dia.abah memang mcm tu.bila nak pergi jauh, dia mmg takkan dekat dgn org yg dia sayang.saya dah paham sangat perangai dia.sbb dia takut terkenang2. alolololo..tuah..bila la mummy G dapat gomol2 tuah.
terima kasih adik.sekurang2nya hilang rasa rindu dan rasa bersalah sbb tak dapat sama2 hantar mak.
mak abah dijadualkan sampai malaysia jam 4am 30 mac nanti. masa tu cuti sekolah kan?so,akak akan balik kluang n jemput mak abah.
semoga mak abah dan semua jemaah dipermudah urusan semasa menunaikan ibadah umrah.
Amin..amin..amin...yarabbal'alamin.
0 comments:
Post a Comment