BANGANG!!!

memang bangang!

harini dapat email dari uni

Tuan/Puan

Perkara : Lawatan Pejabat ORICC, UTHM Ke United Kingdom

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan emel di bawah adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan, dan Perundingan (ORICC) UTHM, dan Ketua Pusat-pusat Kecemerlangan telah meminda tarikh lawatan ke United Kingdom dan Ireland kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Sekian, dimaklumkan.


memang la bangang!!!!

sakit ati giler. yelaaaa. hari tu dah bagi tarikh 24-25 mei.
saya ni bukan duduk kat kota london wei. duk jauh.kena book hotel awal. kena book train ticket awal.
train ticket pegi balik je dah £100. ko nak bayar balik ke? tu belum penginapan.sume kena book awal tau. book last minutes mmg la boleh tp siapla harga dia dah tak masuk akal.

GiLAAAA! bagi tau last minutes.
memang sakit ati. lepas ni nak balas email.mmg nak kena ni.
ko ingat dari ncl- london mcm parit raja nak ke JB  je ke?
Ya Allah, kenapalah aku kena berurusan dengan org2 camni. langsung tak paham situasi kita kat sini.

dugaan kan..sabar rozi..sabar...semoga Allah anugerahkan lebih kesabaran.

0 comments:

Pages - Menu