sahabat saya di lab


saya ada sahabat baik kat lab..org iraq.nama dia tahani.

selalu saya tanya dia pasal iraq.
pasal situasi kat iraq.
bom sini sana.

tahani cakap.
masa saddam hussein hidup, mmg menakutkan. sampai takleh sebut nama dia. nnt kena bunuh.betapa berkuasanya saddam hussein masa tu. dia ada banyak istana.setiap hari istana2 dia tu akan masak makanan kesukaan dia n suka ati die nak makan kat istana mana. tp, kalau dia tak dtg, makanan tu org lain takleh makan. macam tu sekali kejamnya saddam hussein.

pagi ini kami bersembang lagi.
tentang perubahan kerajaan.pertukaran.

tahani cakap.
kadangkala..yg sedia ada tidak bagus itu adalah lebih baik dari bagus tp kita masih tak tau tahap kebagusannya (ni adalah pepatah arab).

tahani cerita:
saddam hussein mmg kejam.sume org tau.kuku besi.tapi tengokla iraq masa tu aman damai. takde perpecahan. sunnah kawen ngan syiah.rilex je duk satu rumah. dalam satu kampung ada je org kristian sume.hidup bertolak ansur.

masa mula2 saddam hussein meninggal dunia mmg sume org suka..tp skang ni tgklah keadaan iraq macamane.

ada anasir luar yg bawak pahaman. sunnah kena bergaduh ngan syiah. ada plk yg cakap kalau dapat bunuh sepuluh org ahli syiah dapat jumpa Rasulullah.tu yg masing2 sanggup letupkan bom sana sini utk bunuh org.

nak ke universiti pun takut sbb org akan cari tempat yg ramai org utk letak bom.

org akan cuba cari tpt yg paling senang utk bom - yg selalunya jadi mangsa adalah org2 miskin yg jual makanan tepi2 jalan...dengan anak2 kecil yg tengah main2. -jihad ke tu? tu binatang namanya.

sebelum letupkan jerit ramai2 Allahuakbar! - bagus ke tu?

-sedangkan kita yg muslim ni bila dengar jeritan "Allahuakbar!" jadi takut, fobia..ape pandangan non-muslim.

setiap kali bercerita, kadang2 kami sama2 nangis.saya terbayang kesengsaraan org2 iraq. sampaikan tahani ckp "agaknya, kesabaran org iraq tu bersamaan dengan jumlah kesabaran seluruh manusia kat dunia ni".

iraq kaya.sampai sekarang masih kaya.tp terlalu banyak rasuah. rakyat yg miskin jadi makin miskin. dulu banyak kilang.skang sume dah tutup. takde pelabur luar yg berani dtg. ada yg hilang sumber pekerjaan. sume barang import. of course mahal dan tak berkualiti. tanah iraq subur n buah2an yg tanam kat iraq sume sedap2 manis2. tp sbb buah2an tu berkualiti , ia akan dijual lg mahal dari import n diorg lagi suke eksport ke tpt lain.

saya boleh lihat dr mata tahani betapa dia rindukan iraq sepuluh tahun yg dulu.

tahani org kaya. ada generator kat rumah.tp ada jugak keluarga miskin.musim panas, air akan jadi terlalu panas. so, diorg kena sejukkan air tu dulu baru buat minum.tp utk org miskin, mereka tak mampu nak ada elektrik, nak beli peti ais. ramai yg mati sbb ni.

tak ada ketakutan dlm diri tahani. setiap kali keluar dari rumah mmg dah bersedia utk mati. bom sana sini.

indahnya bumi Malaysia.

saya bagitau tahani..kalau pertukaran hanya 5 tahun.let see what will happen.

tahani kata.setahun pun macam2 boleh jadi.pikir2kan la.

saya tanya pasal hudud. iraq tak fully applied hukum hudud tu.

apa yg saya nampak kat sini, antara malaysia n iraq, persamaannya hanya satu. ada pihak luar yg cuba membangkitkan isu supaya timbul pergaduhan sesama islam. bila umat islam bergaduh. pihak ketiga tepuk tangan..haiiihhh..susah betul nak satukan umat islam ni kan?

apa2 pun, ALLAH knows the best! hanya doa dan tawakal.selamatkanlah bumi Malaysia.


0 comments:

Pages - Menu