isi hati


tarik nafas..hembus..
tarik nafas..hembus...

result dah tau.
cam biasa la..banyak bunyik sana sini.
yg menang suka.
yg kalah mula la tak puas hati.

sama je. cuba bagi kumpulan kalah tu menang, confirm suka.
sape nak kalah.betul tak?

bila sampai bab2 politik ni saya tak suka berborak dengan org yg taksub.
menyampah.
tak boleh berfikir secara rasional.

ada yg alim. bila duk kutuk mengutuk, hilang rasa respect saya kat dia.
ada tu bekas lecturer saya. satu lagi kutuk mengutuk. memang langsung la saya tak respect.

pastu ada pulak golongan yg rajin share2 kat fb. nak share tu kaji betul2 sahih ke benda tu. kalau tak menanggung la dosa sama2.

contoh paling kelakar..ada org share pasal kenaikan GST. dia cakap baru sehari menang dah naik...ayatnya "padan muka macai2.bodoh. tu la undi lagi bla bla bla"  sambil letak keratan akhbar sebagai bukti. bila tengok betul2 tarikh akhbar tu Oct 2011.
sape yg bodoh ni?

come on la.
nobody perfect.
PM bukan malaikat.
AI bukan malaikat.
toksah la taksub sangat.
semua org buat kesilapan.semua.

cam biasa.smlm cuti..hari ni pepagi lagi dah bergossip ngan tahani (kawan iraq saya)... tahani cakap

Choose the cleanest among the dirties

satu lagi pepatah arab utk hari ini.

saya memang buta politik.langsung tak tau perkembangan dunia. harini tahani citer pasal arab spring, pasal hosni mubarak, saddam, gadaffi. pasal kawan2 libya.pasal kawan2 syria.

paling sayu bila tahani cakap "I hope what has happened in iraq will not happen in malaysia "...

sedih woooooo...

sebab tu saya suka borak dengan org yg melaluinya. nak tau apa yg diorg rasa.

kawan libya saya cakap kat libya sapa2 je boleh ada senjata.tak suka? bunuh je. sampai macam tu sekali. sesama muslim tu.

yg penting..berfikir la secara rasional. toksah taksub sgt. bila dapat info..cuba fikir2kan sblm bertindak.

mengenai isu racist yea.
hmm..sini ramai je student selain melayu dr malaysia.
tp bila jumpa langsung taknak cakap melayu. lagi suka speaking omputih.apesal ek? malu kot? MALU ke?

kat lab saya ada sorg.
kat lab member ada sorg.
tu lagi la kantoi siap org tanya first langguage kat malaysia ape? English pastu diorg punya bahasa ibunda 2nd langguage. eh? abis tu bahasa melayu no berapa?

baru duk sini 4 tahun, takkan langsung tak tau cakap melayu kot?

sedihnya tengok anak melayu sekarang.serius sedih. tu pun bila dapat peluang masuk uni tak gunakan peluang yg ada. kelas taknak datang. bila masuk lecture hall duduk belakang. tipu kedatangan. assignment copy paste.pointer cukup2 makan. lepas final merayu mintak lulus.

oh satu lagi.

sape kita utk tentukan.sapa masuk syurga.sapa masuk neraka.sapa jahat.sapa baik.
sedangkan diri kita pun kita tak tau letaknya di mana di sisi Allah.

Alhamdulillah,saya diberi peluang utk tinggal sementara di bumi newcastle ni. belajar budaya mereka. belajar cara mereka bekerja. tak semuanya indah. ada baik ada tak best. pikir positif je la...mcmana pun bumi malaysia tetap di hati.

ohooo..malaysia panas.ok. ingat sejuk tu best ke? sehari.dua hari best la. kalau dah sampai 6 bln sejuk...nangisss woooo.

0 comments:

Pages - Menu