perjumpaan


entry ni copy paste dari email yg saya terima dari admin uthm.



Tuan/Puan

Perkara : Lawatan Pejabat ORICC, UTHM Ke United Kingdom

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan, dan Perundingan (ORICC) UTHM, dan Ketua Pusat-pusat Kecemerlangan akan mengadakan lawatan ke United Kingdom dan Ireland mulai 20 hingga 29 Jun 2013 .

2. Sehubungan itu, tuan/puan warga universiti yang sedang bercuti belajar di United Kingdom adalah dikehendaki untuk menghadiri satu sesi perjumpaan bersama dengan rombongan dan penyelia tuan/puan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak untuk membentangkan laporan kemajuan pengajian masing-masing.

3. Jadual dan maklumat lanjut berhubung tarikh, lokasi pertemuan, dan senarai jemputan akan dimaklumkan pada bulan Mei 2013. Untuk sebarang maklumat lanjut, tuan/puan boleh berhubung dengan Timbalan Pendaftar di Pejabat ORICC iaitu En. Abd Hamid bin Yusof (Emel hamid@uthm.edu.my, No. Tel 07-453 8307) selepas bulan Mei.



of course la..perjumpaannya di kota london. sila bagitau awal2 ye tarikhnya.senang nak booking hotel n train ticket. jauh tu newcastle london.pastu, takkan nak g sorg2 plk. kena la bawak sekali ahli keluarga.


 

0 comments:

Pages - Menu