entry yg sebelum ni post guna hp.benci kan?
gambar senget.
tah pape!
saya tak cerita lagi pasal gigi balqish.
tahun lepas..dalam bulan feb rasanya, beberapa minggu before saya bersalinkan arryan, gigi balqish kena infection. sume gigi yg rosak kena cabut.even gigi yg rosak sket pun doktor cabut. siap ada minor operation tau. jumlah gigi kalau tak silap la 16 batang ke 12 batang.nnt refer balik ek.
sejak dari tu..memang sentiasa ada appointment dengan dentist. Dentist pulak kebanyakannya dental student. Ya Allah..admire sgt saya kat diorg.pandai sangat layan kanak2. saya tak tau la kat malaysia macam mane.tp kat sini satu floor tu dental for kids.
so..mmg decoration utk kids.
balqish bila ckp esok nak g jumpa dentist..dia punyala suke.tak sabar2.
nnt saya bukak catatan lama saya citer pasal camane balqish kena cabut gigi tu.
memang kesian tp sume tu jadi dlm masa 15 minit je.
zup zap gigi balqish dah kena cabut.
tinggal 4 btg je yg elok2.
la ni dah tumbuh sebatang gigi kekal. ada dua geraham baru nak tumbuh.alhamdulillah.
setiap kali appointment...dentist tu akan check gigi balqish (of course la) tgk mana yg nak tumbuh.pastu suh balqish gosok gigi depan dia sbb nak tgk balqish pandai gosok gigi ke tak.bagi satu bakul yg penuh dgn makanan berkhasiat..nak tgk balqish makan makanan seimbang ke tak.memang takleh nak tipu la.sebab dia tanya anak bukan tanya mak. kanak2 kan jujur.
mula2 tu student..pastu doktor pakar yg betul2 akan check gigi balqish.pastu bagi feedback.
serius saya admire dengan dental student kat newcastle uni ni. pandai diorg ambik ati kids tau. buat2 lawak. satu perkara..cara kerja diorg. diorg memang focus. even pesakit tu hanya seorg kanak2. saya masih tak boleh terima cara nurse yg kalau nak ambik darah or nak check kita tp berborak dengan nurse lain. cuba focus pada pesakit.berborak dengan pesakit.tanya pesakit. minta izin.baru la pesakit rasa dihormati. eh lelebih pulak saya ni. tp itu fakta.
tiba2 rasa andai diberi peluang saya nak ambil dental as my first degree.mase tu takde pendedahan n kalau boleh nak study kat newcastle university.hahaha.ok. lupakan.
so, saya terapkan cita2 tu pada balqish.balqish jawab " ok mummy.i'll be a dentist first and then i wanna be an artist"...ok fine.balqish minat melukis. alas..sambil2 jadi dentist boleh je melukis kan. darling saya kata..jangan tentukan hidup anak.biar dia buat pilihan sendiri. ok ok. tp saya tetap akan encourage die pilih dentist as a profession. best ok.takyah study bertahun2 mcm mommy nak dapat title Dr.
sebelum balik selalunya dia akan bagi stickers.seronok la kanak2 kan?
satu lagi.kalau nak jumpa dentist....biasanya dentist /doktor sendiri yg akan panggil pesakit.kat sini takde nurse2 nak panggilkan. mula2 mcm eh...die nie nurse ke (masa g klinik check up)...rupa2 die jugak la yg check saya.hahaha. nampak lebih mesra di situ.betul tak? dia jemput kita kat tempat duduk n bawak kita masuk dlm bilik.
dentist yg kitorg biasa jumpa yg perempuan belah kanan tu. die final year dental student. tak lama lagi dah nak abis. so, ni last time la dapat perkhidmatan die.baik sangat. dia panggil balqish princess. saya pun suka tgk cara dia layan balqish.kalau tak silap nama dia sara. satu lagi, kat sini budaya kerja dia yg saya suka, sorg dentist akan handle kes kita. andai kata dia nak transfer ke dentist lain, die akan introduce dan terangkan satu persatu kat dentist tu pasal kes kita.baguskan? takyah la setiap kali rawatan dentist/doktor tanya kita benda yang sama. even dah tertulis dlm report..diorg biasanya still akan terangkan satu persatu depan patient. sama masa saya dalam labour room dulu nak bersalinkan arryan.Even bile midwife tu nak keluar kejap g breakfast, dia akan panggil sorg lagi midwife n terangkan pasal condition saya satu persatu...pastu midwife yg baru tu akan jaga saya sampaila midwife asal balik pastu dia akan bagitau pulak apa yg jadi sepeninggalan midwife asal tadi...begitula seterusnya.saya yg jadi tukang dengar ni pun rasa puas hati sangat2.
ok..balik citer balqish. so..yg belah kiri tu jeng jeng jeng..tu dentist baru balqish.dia akan in-charge foe next visit.comelkan? kalau saya la patient die..maunya sehari 6 kali gosok gigi ataupun taknak gosok gigi sebab nak jumpa dentist cute. rajin gak la ketawa mamat nie nama die douglas. tp saya dapat bayangkan die ni tak la sefriendly sara.ye la die lelaki kan. tak friendly tp cute ok la ;P
sebab lepas nie tak jumpa lagi saya request nak ambik gambar balqish ngan sara. douglas pun nak join tp malu2. alaa..mata dia tutup pulak.pastu sara tau balqish nak jadi dentist bila besar, dia pakaikan balqish gloves ngan spek besar tu..prentending kata sara. balqish pun mcm taknak balik tadi.dua tiga kali ajak baru nak turun kerusi.saya nampak mata balqish berkaca2 bila die tau ni last die jumpa sara.
apa2pun saya doakan Dr sara akan terus berjaya. terima kasih atas segala rawatan yg diberikan pada balqish. we gonna miss u!
0 comments:
Post a Comment