kisah ayam

semalam malas masak.sebab hari sebelum tu dah masa skate asam pedas.ada lagi.tp rasa nak mengunyah2.terus singgah cha cha sebab balqish asyik cakap je "nak makan ayam..nak makan ayam"


alaaa...cha cha nie lembap tau.masa pergi tu kul 5pm.dia cakap boleh tak tunggu 20minit.tensi jap.
tetiba dtg ideal suh delivery je.ok cha cha ckp kul 6pm die hantar rumah.bayar.balik rumah.

balik rumah..dptla rehat2 kan badan.selalu balik lab dah terkejar2 nak kena masak kan.hahaha.padahal tak masak hari2 pun. hari selasa letih sket sbb kena check homework kumon balqish sbb rabu balqish ada kelas kumon.

pkl 6.05pm ding dong..ayam pun sampai..yeaahaaa.
ayam cha cha serius sedap. southern fried chicken + chicken wings. chicken wings dia spicy tu yg sedap tu. terus buat air n meratah ayam.

tetiba arryan pun nak makan ayam.nangis2.hello! takde dlm keturunan i nangis nak makan tau!hahaha.

darling saya bagi peha ayam kat arryan. teror ok rongges peha ayam sampai ketulang.

pas dah licin mintak plk peha yg kedua.licin jugak.

pastu mintak lagi.peha dah abis.bagi chicken wing. pedas.mkn separuh je pastu nangis..pulangkan semula.



uishhh..teror dah kecik ni makan ayam.pastu takleh tido malam.

takleh takleh pun paling lewat dia akan tido jam 9.30pm.kalau balqish dulu bertahan sampai kul 1am pun ada.

eh..arryan skang nie dah pandai bangun lewat. golek2 tido semula kul 8am baru die betul2 bangun.good job arryan.boleh la mommy bangun lewat weekend nnt.hahaha.

ni arryan ada kat tepi ni. balik hantar balqish g dentist tadi balqish g school. pkl 12.30pm arryan start tido sampai skang 4.30pm tak bangun2 lagi.hebat tu bujang ni tido.jgn malam kang berjaga dah la.



2 comments:

~Mami Little Hero~ said...

budak comel.. merah pipi sebab sejuk ye. :)

g_mulan said...

thanks aunty.sejuk pun pipi merah.pasang heater pun pipi merah :)

Pages - Menu