Kelas kek pelangi senja

Jap lagi nak g class membuat kek.
Kek pelangi senja.
Best giler. Diorg sediakan lunch.pastu terus belajar buat kek.pastu dapat makan kek utk minum petang.syokkan?
Takyah bayar pun.
Oooo..kitorg ada persatuan.balai malaysia ncl. Kena bayar yuran tahunan.kalau tak silap satu family £20 kot.aktif.seronok.macam2 aktiviti.takde la boring.
Saya tak paham org2 yg taknak join malaysian kalau kat luar negara.
Ada tu reason dia "org melayu ni kepochi" -padahal mulut dia lg kepochi
" dah duk oversea,kawanla ngan omputih buat apa nak kawan ngan org melayu gak.mcm tu baik duk malaysia"

Ok fine.

Kita dtg sini tujuan nak belajar.menuntut ilmu.kawan2 saya pesan (yg graduate uk la) kalau nk carik sv carila omputih, kalau belajar kat uk la. duk dlm lab jangan la menyombong sesorg.takpun kawan ngan org asia je.cuba2 la bergaul ngan org lain.yup! Seminggu 5 hari g school. Takkanla tak puas bergaul ngan org luar. Sabtu ahad tu kembali la ke dunia asal. Masa utk famili.bergaul dengan malaysian.tak salahkan.lagipun..ni salah satu cara utk hilangkan stress. Ye la. kalau kat malaysia boleh la...sedara mara ramai. Boleh g umah sedara bila weekend, balik kampung ke...g kenduri kawen kawan2 sekolah ke...sini mane ada. Kawan2 la pengganti famili. Oh banyak plk saya membebel. Tp seronok tau.jumpa kawan2 sekepala.gi jalan sama2. G makan sam2. Saya ckp kat darling saya... Esok2 bila balik malaysia mesti kita rindu nak jalan2 ngan kawan2 ni kan. Jalan mesti ngan famili. Yang seronoknya..balik malaysia ni kami ada ramai kawan seluruh semenanjung. Perghhh..pegi penang ada member, g kedah ada...perlis ada...kelantan ada...syokkan?

Balik ke cerita buat kek.
Dulu saya suka sgt mkn cheesecake. Pernah minta tolong sesorg ni ajarkan saya buat cheesecake. Tp dia bg alasan " nnt tanya husband dulu ye" pastu senyap.hmm..macam taknak ajar je.last2 kitorg give up. Kitorg g daftar kelas belajar buat kek.siap ambik cuti. Drive ke jb. Bayar n belajar buat cheesecake. Pastu org tu dpt tau tetiba ckp " eh...dh g belajar ke.baru nak ajar"....pooodah.rasa bersalah lettewwww (gaya remaja masa kini).
Perkara tu buat saya hilang respect kat org tu. saya belajar buat cake bukan nak jual.nak makan sendiri je.awat la kedekut sgt ilmu tu. kan kalau kita sampaikan ilmu kat org lain, Allah akn bg lebih utk kita.

Saya ni takde la nak bermasam2 muka.tp ye la.benda2 ni saya akan ingat sampai bila2. Mula2 saya sampai sini, ingat lagi kak su ajar buat cendol.pastu kak linda ajar buat kek butter.ok je.takde pun berdolak dalih. Yg tak pandai masak pun jadi pandai masak.kan bagus camtu.

Utk yg tinggal kat rumah ni saya dah sediakan bubur kacang :)))

0 comments:

Pages - Menu