Adik ipar saya yang kawen last year tengah tunggu hari.
Tunggu hari nak bersalin.
Seronok kan? Confirm tak sabar nak tunggu baby lahir.
Nak dgr suara.
Nak tengok muka ikut muka sapa.
Nak cium2.
Nak peluk2 baby.
Eh.pendek kata seronokla nak tengok newborn baby.
Teringat plk masa balqish n arryan newborn baby.
Masa balqish mmg kelam kabut.
Anak pertama kami.
Cucu sulung mak n abah.
Macam2 la.
Sume org nak sama2 tido kat living room.sebab sama2 nak jaga balqish. Sudahnya..saya yg tido lena. Dah la masa berpantang tu bulan puasa.meriahla.
Kul 4am masing2 dah kena bangun bersahur sbb lepas tu take turn jaga balqish plk.
Abah rajin jaga cucu.kadang2 melebih2. Nak larang takut kecik ati.
Contohnya...tgk org salinkan diapers dia pun nak try gak. Sudahnya kemain banyak letak bedak kat popot balqish...mcm nak buat jemput2.kekeke.
Bila balqish nangis masing2 kelam kabut.tak boleh langsung balqish nangis. Normal la newborn baby mmgla tau nangis je.hahaha.
Ingat lagi masa mlm first kat rumah, balqish bangun menangis tgh malam, kelam kabut mak abah salin diaper.tanggal segala sarung kaki sarung tangan. Last2 bila pakaikan semula dah terbalik.lawakla.
Turn arryan pulak.jaga sendiri.alhamdulillah Allah Maha Mengetahui. Arryan anak yg baik.tak pernah menangis langsung.
Kalau saya bangun n g toilet or nak solat saya cakap kat arryan " mommy nak solat ni, arryan jangan nangis tau.jap lagi mommy bg arryan susu". Memang die tak menguit langsung.
Sampai umur arryan 3 bulan pernah saya ngadu kat kak rokiah..risau arryan tak pernah menangis.
Bila arryan masuk 5 bulan mak abah dtg...time tu la dtg manja melebih2. Pandai nangis rupanya.hahaaha..
Ok..to ima n eppy.selamat menimang cahaya mata.of course mak n abah yg paling excited.cucu2 sume kat sini..tu la cucu yg ditunggu2. InsyaAllah baby boy.Alhamdulillah ima menantu yg baik. Die tau eppy satu2 nya anak yg mak n abah harapkan (akak jauh kat sepang, saya pulak kat sini. :( ....), ima tak berkira.rajin balik kahang. Ima pun akan berpantang kat rumah kahang. Jarang2 menantu nak berpantang rumah mertua kan?dahla eppy duk jauh. Ni pun, bila eppy keje shift malam, abah n mak akan ambik ima tido rumah. Jelous ye. Die jaga ima mengalahkan jaga saya.
Meh tengok sket gambar2 arryan masa baby...oh rindu bau baby.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment