winter spring



hari isnin lepas sejuk sgt tau.sejuk sampai ke tulang. rupa-rupanya malam tu salji turun tp tak jakun sangat la macam dulu2..ye la.dah biasa.tunggu la winter akan datang confirm jakun balik.hahaha.

bila salji turun mula la rasa tak sedap ati.confirm esok susah nak antar balqish g school. hmm..memang pun.

disebabkan temperature rendah + angin sejuk.salji beku jadi ais. fuyooohhh..mcm ice-skating tau. nasib baik tolak stroller.boleh la berpaut kat stroller tu. jalan pun tak angkat kaki.main seret je. ada tempat yg tak licin sangat baru jalan angkat kaki tp tu pun macam jalan atas ais..memang pun.bunyi ais pecah2. arryan kemain gelak dlm stokke dengar bunyi tu.die ingat kitorg nie main2 agaknya.

tp alhamdulillah.selamat sampai sekolah balqish. duk dlm ofis dulu sbb sejuk sangat.kitorg pun sampai awal. eh..saya selalu kalau nak siap2 hantar balqish akan switch on tv. biasanya bila tiba cartoon timmy time kitorg akan start siap2 pakai jacket n terus g sekolah tp this week baru perasan takde cartoon octonout, so timmy time terawal sket.sudahnya dah dua minggu awal gile sampai sekolah balqish.kalau sampai awal terus masuk takpe..ni betapa duk depan gate tunggu gate bukak. sekarang ni lepas cartoon timmy time baru kitorg siap2.

sampai2 school biasanya borak ngan mak aminah elliot. tu aminah yg pakai baju purple.comel sgt. rajin  mak die ni menegur org. darling saya cakap mak aminah org malaysia dulu pernah tinggal kat PD tp saya tak sempat lagi borak pasal nie. tp mak die ni org kristian kot sbb diorg celebrate christmas.

ni la geng2 balqish kat sekolah. balqish.amy.aminah n godfavour.

diorg berempat ni memang kawan baik.sume org tau.hahaha. kalau jalan nak masuk kelas tu siap pegang2 tangan.comel sangat.



ni pulak saya ambik gambar ice yg licin tu. nampak tak. dia nipis je n licin giler. dah dah la tu snow. dtg la spring. tp skang ni yg tak tahannya angin kuat n sejuk.pakai baju camane tebal pun bila angin bertiup masuk celah2 lengan baju sejuk wooo.



0 comments:

Pages - Menu