pffftttttt


br lepas meeting dgn glynn.pfftttttt.
jumaat mmg tension.hahaha
lepas meeting.lega rasanya!

saya ni ada penyakit nervous setiap kali nak jumpa sv.tah pape.
padahal jumpa everyweek.santai je.
awal2 dulu..lagi la..sampai tak tido malam dibuatnya.
bila la nak hilang penyakit nie.

kan dah masuk tahun 2.
glynn kata kena lebih serius n next week kitorg nak discuss lebih detail.
baik boss.
next week khamis kul 9.30am aik..baru teringat balqish ada assembly kat school pastu die buat presentation.takkan tak g kot.
dan2 terus cakap "hmm..i'm not available in the morning because my daughter with do a presentation during assembly"..terus je die tukar masa jadi kul 2pm. tu yg saya suka glynn ni. kalau pasal anak2 memang die care betul.
selalu je kalau meeting pagi jumaat dia tukar jadi petang sbb die kata masuk lambat sebab kena jaga anak2 die.

satu lagi..saya ni bila dah nervous..bertentang mata dengan glynn mula la mulut takleh nak speaking.tergagap2.ish..geram betul.kalau borak ngan tahani, pedros, junior ok plk...

ishhh..kena banyak2 doa..Ya Allah, lembutkan lah lidahku bila berhadapan dengan glynn.amin.

sabtu ni?
ada kelas buat rainbow cake. suke suke.
alhamdulillah..antara yg buat saya bersyukur dengan penghijrahan ini adalah jumpa kawan2 baru.kawan2 yg dulu langsung x pernah kenal.
kat malaysia duk jauh2.tp kami disatukan di ncl. langsung tak kedekut ilmu.masak sama2..makan sama2.seronok kan?

nnt pasal rainbow cake saya tulis entry lain yea.esok je pun.sabarrr!

3 comments:

~Mami Little Hero~ said...

bestkan bila merantau? yang susah jadi senang dan saling bantu membantu. macam saudara mara. saya suka duduk sini sebab tu. Even kat Msia kawan baik kita belum tentu baik dalamannya. :)

g_mulan said...

Betul.padahal baru je kenal.tp dah mcm sedara mara.bila susah sama2 tolong.kadang2 rasa terharu.

Hanim said...

Rozi, akak laaggii takutt nak jumpa SV..camne nak hilangkan penyakit nih eh? Ni bila dah nak gi sambung, stat la risau balik dengan penyakit takut jumpa SV..aisehh, stressnyer...

Pages - Menu