sambungan dari entry jalan2 ke york,
hari kedua bermula pada awal pagi.sebab janji nak sampai flamingo land tepat 10 am.
zul n family + k.riana yg family akan gerak dari newcastle pagi2 n jumpa kat flamingo land tu.
janji tinggal janji.hahaha.
kitorg bangun awal.tp tu la pastu g bilik mar pulak masak2 bekalan
kitorg masak
-nugget
-sosej
- chicken butter
-nasi
-telur rebus
ni permandangan dari bilik mar - cantik kan?nampak burung..laut2.
pastu kat area travelodge st nicholas tu memang susah nak carik parking. kitorg park kereta kat parking bertingkat utk hotel lain.so, kena la jalan sket g ambik kete. tp yg mak2 tinggal kat hotel je. tup tup zul n the gang dah sampai dah. kitog kul 11am baru la nak gerak ke flamingo land.
ada jalan lain tp saje nak ikut jalan tepi laut.sebab smlm sampai tak tau pun ada laut. ingat nak lalu je..tetiba ternampak pakcik freddie..kena la turun menyinggah.
ni la pakcik freddie.besar kan?
ok pastu cepat2 berlari masuk kereta.sejuknya satu hal. teruskan perjalanan ke flamingo land. on the way ke sana banyak sgt jumpa kedai fish n chips. tp x boleh nak singgah sebab dah lewat + dah ada bekalan makanan kan.
pintu masuk. dh start terasa..terbangla £100 utk ticket. sekali..flamingo land punye theme park tutup.yg bukak zoo je.tu pun khas utk winter ni n kebetulan cuti sekolah. rasanya ticket utk kami dalam £17 je kot.
sampai2 je terus la g tengok pertunjukan sea lion.cam biasa la tangkap2 bola...sea lion kan.
masa sampai tu dah tengahari dalam kul1 kot. geng2 dari ncl dah kelaparan.so, kitorg pun bukak la bekal n makan.syok gak. bila dah kumpul semua..banyaknya la makanan.
omputih makan sandwich je..org melayu? hah!! ambik ko!!
pastu melayan anak2 ni nak naik helikopter ni la pulak. tinggi wei.pastu boleh pusing2 terjerit2 saya tau.
pastu kitorg naik keretapi semut (yg mcm kat genting tu). keretapi tu bawak g flamingoland theme park. ada gak la satu dua permainan die yg bukak.ok la.
yg menarik perhatian org ramai adalah roller coaster dia. dahsyat wei..kitorg yg gegerl ni duk la cakap "bg seribu pun takmo naik".
tapi tak semua yg takutkan cabaran. shah n bye berkobar2 nak naik. ok kita bagi peluang.meh la kita bertukar2 pasangan.nak naik kena bayar £3.50 sorg yea.mmg dahsyat ye. terjerit2.
zul n khairi bermati-matian taknak naik.hahaha.setelah adegan cabar mencabar. diorg akur gak. yg dua org teror tu (bye n shah) bila tau zul n khairi nak join terus taknak turun. sementara tunggu diorg bayar ticket n naik sempat lagi diorg main second round.
hahaha.ni masa nak mula.kitorg dah tergelak2 pecah perut dah.
selingan..ni masa on the way ke flamingo land.ambik gambar dalam kete je. pelik kan gamabr pokok ni?
pffttttt..tarik nafas dalam2. memula saya taknak naik. tp diorg duk pujuk2. last2 saya n mar naik. tapi punya la kitorg berzikir baca segala ayat sebelum naik tu. tangan toksah ckp la.sejuk giler.menggeletar wei. ini lagi dahsyat dari roller coaster kat genting. dulu naik masa muda mudi..ni urat dah banyak putus tau.
upside down..rasa nak tercabut tudung tau!
alhamdulillah,selamat. tu semua kenangan.dalam kul 5pm theme park pun tutup. kitorg pun bertolak balik newcastle. tp zul ckp ikut jalan dalam. kat situ ada tempat cantik and ada snow lagi. macam la tak pernah tgk snow kan. sempat la jejaka2 melaya ni turun jap ambik gambar. wife2 + anak2 masing2 tak tahan nak keluar sejuk giler pastu penat.
berakhirla pengembaraan ke york. dulu g york asyik teringat nak g outlet je. balik sampai ncl kul 7 pm.disebabkan bekalan makanan banyak lagi...semua org berkumpul kat rumah saya n makan malam. seronok.borak2 kul 10pm gitu semua balik ke rumah masing2. nnt saya upload video saya n mar naik roller coaster tu ye. kelakar pun ada. kitorg menjerit2 dari mula sampai la akhir.hahahaha.
2 comments:
Good review. Boleh pergi ni. Tak pernah pun sampai York. nak kena explore. :)
sila..sila..tunggu summer ye baru theme park tu bukak. yg bestnya ada permainan yg sesuai utk anak2 kecik ni. barula diorg tak bosan.
Post a Comment