arryan n visa

last year dah buatkan passport utk arryan.skang ni duk sibuk nak apply visa plk utk die.

senang nak keluar.lagipun takde la kelam kabut andai kata nak g mana2 nnt.

saya ada hutang entry pasal pasport n nak daftar kelahiran kan?nnt la.kalau ingat lagi saya tulis yea.

nasib baik kat uni ni ada workshop utk apply visa. so, g je workshop tu n isi borang.
kebetulan workshop yg saya attend tu, wakil visa org malaysia. cina malaysia.tp dia dah 8 thn kerja kat sini.senanglah. lepas siap sume die suh jumpa die.nnt die semakkan.ok la.

cuma.yg susah time nak booking appointment.kitorg nak walk-in je.memangla mahal.tp uni cakap dia akan tanggung.okla.kalau by post berzaman baru dapat result. kalau walk-in hari nie esok dah dapat visa. InsyaAllah. untuk walk-in kena bayar £850.banyak kan? kalau apply seperate memang mahal sket. 

appointment kami 4 Mac ni kat liverpool.doakan semuanya berjalan lancar yea.
sian arryan..die je malaysian yang takde visa kat ncl ni.

gambar kena ada dua keping.tengokla...dumuk nie.bulat gila muka penuh satu gambar tu.hahaha



arryan berjalan + memanjat

korang nak tgk video arryan berjalan.

actually ambik video pun sbb atuk n nenek die tak sabar nak tgk cucu berjalan.
sebab diorg dah jaga lama kan.
bape kali dah pesan.kalau arryan jalan ambik video.mak nak tengok.
ok.ni utk mak n abah.

untuk kenangan jugak.
arryan start pandai jalan bila dah masuk 10 months.
rasanya masa celebrate birthday 1 year nnt mesti dah berlari dumuk mommy nie.
luv u arryan.
balqish cakap..."arryan is naughty boy but he is so cute.so, it's ok"..tak jade balqish nak marah arryan tiap kali kena bull.sian balqish.

alhamdulillah..cepat pekembangan arryan.
untunglah arryan sebab daddy yg jaga die.manja sungguh.

arryan menjerit sebab kena tinggal.payah tul nak ambik video die berjalan.sebab die nak hp sebenarnya. kadang2 die tak sabar terus merangkak sebab lagi laju.hahaha


memanjat skang nie dah teror. die letakla apa2 kat depan sofa tu.panjat sket terus naik atas sofa.bahayakan?

Untukmu rozana

Happy birthday akak 30 jan.
Birthday yang ke 34.
Semoga dengan penambahan umur akan lebih mematangkan kita.
Terima kasih kerana sentiasa sabar dengan karenah adik.
Dari adik lahir sampai la skang nie.

You are the best sister I ever had.

Ya Allah...Kau lindungilah kakakku rozana aziz, murahkan rezekinya.makbulkan permintaannya utk memperoleh zuriat sendiri. amin.

Semoga kita sama2 berjaya dalam hidup dan akhirat nnt.amin.



kenangan mak abah di uk

mak abah sampai london 6 sept 2012. bertolak dr klia 5 sept 2012.naik royal brunei.

klia - brunei : transit: 2jam
brunei - dubai : stop skejap
dubai -london.

sepatutnya kl 6.45am dah sampai heathrow terminal 4. tp sbb kat dubai ada probs sket..so lewat la.nasib baik.sbb kitorg sampai pn dah pkl 8am. bila nampak je mak kat 'intenational arrival' tu.aduhai..syahdunya... rindu sgt2.masa tu jugak la airmata bercucur turun.lepas tu happy mood la.

naik train balik newcastle pal 2.30pm...menunggu la kami kat king cross tu.nak jalan mmg xlarat. mak dah mengantuk sbb jetlag kan.tapi saya asyik duk melayan mak berckp je.kikiki...

sampai rumah kul 5.30pm. kami baru lps pindah rumah.tak abis pun lagi angkut barang.kiranya mlm 6 sept tu mlm pertama tido rumah nie. alhamdulillah.kebetulan mak abah dtg dapat pindah rumah.besar sket + bilik ada 3 + rumah tingkat atas(panas sket)..rumah lama dulu sejuk giler.

pagi2 saya n mak jadi mamarazi..skodeng dr atas.ambil gambar.atuk berjalan..balqish naik scooter.kengkadang..laju je balqish ke depan. tp atuk kata..bila nak lintas jalan, die tunggu atuk. gambar nie hari2 yang berlainan.susah betul nak dapat angle yg best.






citer mak abah jln2 uk nnt la ek.citer masa nak antar g london dulu la yea. gerak ke london 20 nov jam 10.25am.naik east coast.sejuk dah masa tu..grrrr grrr.. ini kat railway main station ncl.




dlm train mmg booked table.so dapat dua table. bersilih ganti table la mamat bujang comel ni.suke la ramai yang melayan.


syahdu kan bile tgk kasih syg atuk n nenek dgn cucu. lagi2 pulak tak tau bile jumpa lagi.beria mak ckp nak sponser suh balik malaysia next year.tgklah keadaan mcmane.



kitorg duk travelodge kat king cross.senang sket.beg banyak kan.dgn stroller lagi. pasal nak g london ni la salah satu sbb beli maclaren. nak kesana kesini kan naik tube. lif mmg ada. tp nun jauh kesana. senang lagi naik escalator. saya dukung arryan, darling pikul maclaren.senang kan. aritu balik dr london (masa pakai carrier) arryan demam.ye la..5 hari duk tergantung2. sian die. naik stroller selesa sket.lgpun sejuk.so..mmg cover abis la.



tak sah g london kalau tak bergambar ngan big ben. sampai2 je..hok olooo..ni je ke big ben nya.muahahha..ambik la gambar...



ni plk mak abah dgn london eye. kitorg bergambar kat tgh2 traffic light.lantak la...kami kan pelancong.









lalu kat sealife aquarium..mmg tak masuk. juling mata tgk tiket wei... nak tgk ikan...balik malaysia nnt..tgkla puas2.




ok..dah jalan jauh dr big ben.hilang berkilo2 kalori ari tu tau.


pastu nak g london tower. nampak signboard london bridge..jangan ikut signboard tu. sila percaya pada google map. london tower adalah arah bertentangan dgn london bridge.


tak sampai pun ke london tower.kitorg bergambar dengan peas nie je.hahaha






tak rockla kalau tak ke hard rock cafe.memborong!



kebetulan jumaat tu blackfriday. kitorg g la kat convent garden semata2 nak carik apple store sbb nak beli macbook pro ni.memang berbaloi2 la harga die. beli sekali mouse. Alhamdulillah rezeki.dah bertahun pakai laptop usang tu tau.


muka org gumbira keluar dari kedai apple. serius ramai.kitorg sampai kul 8.30am masa tu baru ada lebih kurang 10 org. apple store bukak 9am. bape minit sebelum 9am dah berpuluh2 org. nasib baik kami mmg dah aim nak beli ape.terus tuju n mintak je la.


sabtu.hantar mak dan abah kat terminal 4,heathrow.lepas claim tax sume terus checkin kan diorg.sedih sangat rasa hati.ntah bila la dapat bersua lagi. Ya Allah panjangkan umur kami agar dapat berjumpa lagi.InsyaAllah.




sedih hati Allah je yang tau.kembali la kami hidup berempat.tanpa mereka bertiga nie lagi la tak tau apa akan jadi. Luv u all so much!!



school dinner?

dah tiga hari balqish makan school dinner.

suka dia.
hari2 bgtau yg dia makan sampai abis.Alhamdulillah.

saya pun senang la sket.takyah pagi2 nak pikir bekalkan apa utk balqish.
dah bgtau awal2..this week je.
tapi tengokla.kalau dia happy ngan school dinner tu mayb akan teruskan.
betul gak.
kalau school dinner,die akan hidang makanan panas2 so, budak2 selera sket nak makan.
takyah budak2..kite org tua nie makan sejuk pun takde selera.
kadang2 makanan dah keras.

nnt la kami bincang2 dulu nak teruskan ke tak.lagipun sekolah tak lama je lagi nie.
yang penting nak balqish makan n happy :))

dengan balqish ni tak sampai hati sket nak hampakan die sebab dia baik sangat.pandai jaga adik.rajin kemas mainan.rajin buat kumon. sikit pun tak pernah bantah atau melawan kalau kita mintak tolong. Alhamdulillah..terima kasih Allah kurniakan anak seperti Balqish utk kami.



school conference kali ini

school conference dah berakhir khamis lepas.
alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.
slot presentation saya adalah pd hari rabu.
kan saya one of the comittee member.
pepagi rabu tu seawal jam 8am dah tercongok kat lab.
prepare itu ini pastu get ready for registeration.

pagi tu as usual la ada keynote speaker.kali ni from intel.
slides pun br siap malam sebelumnya mmg tak sempat nak tgk2.
pagi2 dah bz.
pastu balik lab kejap..betul2kan slide...
solat zuhur..12.45pm g research beehive semula.
lunch sepatutnya 12.30pm tp dtg2 dah abis.
lunch omputihkan.
takde kenyang pun.
mcm kat celah2 gigi je.tension je.
kul 1.30pm dah start first session for our group lab.saya presenter yg kedua.
kitorg punya chairman utk session ni nama die dave atkinson.hebat die nie.
tp baik.suke buat lawak.
tepat 1.45pm tiba giliran saya.gelabah ok. tak sempat nya nak refer notes bagai.
cakap je la.
Q&A 2pm abis.pffftttt..lega gile.
pastu terus..hoyeehhh...boleh enjoy2.mcm baru abis viva je padahal school conf je pun.




esoknya pun sama.lunch tak kenyang langsung.
pastu petang tu closing ceremony buat kat great north museum alaa...betul2 sebelah school kitorg.
so..petang tu berdedai la kitorg berjalan.




yg tak bestnya utk closing ceremony ni diorg akan serve wine.menci.penat saya berjuang takmo ada wine.tp chairman kitorg tetap dengan decision die dgn alasan, ada juice lain jugak. kemain la berwine mat2 saleh nie.termasukla sorg minah iran yg seksi yg kitorg pun confuse die ni islam ke tak.hahaha.ok.tu citer lain.

ni kawan baik saya kat lab nama dia Tahani dari Iraq.nanti saya buat entry pasal die ek. Die la teman berbual, menangis, ketawa saya. Dari tak reti makna gosip tu..sampai tau nak bergosip.hahhaaha.lawak betul. tp best sbb kadang2 sekepala dengan die.tak sangka plk.padahal lain negara n culture tp alhamdulillah,pemikiran kami sama. terima kasih Allah kerana sama2 hadirkan die dalam lab tu. Bersyukur sangat.



ape yg saya nampak.
sepanjang conference ni berlangsung.
mat salih2 ni sangat menghormati masa.kalau 15 minit tu..memang 15 minit la.tak lebih tak kurang.
no protokol at all.
contohnya nak lunch kan. kalau kat tempat kita, org besar2 mesti nak lunch kat dlm dinning hal,siap lauk berhidang,meja beralas.kat sini..nehi!
sama2 makan apa yg disediakan.
sama2 berebut.
sama2 makan berdiri sambil tatang piring.

masa closing ceremony.kitorg punya head of school, terus je bangun bagi ucapan, xde pun nak kena berjemput bagai.pastu.siap die pulak yg umum nama pemenang2 kategori.humble kan? yup he is very humble person.


ni gambar dengan chairman yg tengah2 tu.kitorg sume satu lab group.


masa sessi ambik gambar.diorg susun2 kerusi.yg gals nie tetiba rasa ok..biar org pompuan duduk atas kerusi.tetiba sume nak duduk atas kerusi. so, kerusi full.
tetiba head of school duduk atas lantai.terus la supervisors nie reramai duduk atas lantai.
rasa malu la plk..kite duk atas..die duk bawah.tp at the same time rasa mcm wooooaaaa....hebatkan diorg nie.selamba je.padahal prof.

tengok gambar nie,mesti korang pun susah nak beza mane satu staf mane student kan?hahaha.
ok. yang duduk bersila kat lantai dari kanan...hujung yg putih2 tu sv saya.pastu no 3 tu pun org besar gak.tp x tau sapa.pastu yang bersila no 6 dari kanan tu head of school. prof barrie.sangatlah humble.duk macam nak makan nasi je kan. yg duk atas kerusi no 4 dari kiri tu post graduate director.mesti dapat cari saya kan? hah..yg rambut kembang tu Dave nama die.labmate saya.baik orgnya.



harap2 bila saya balik malaysia, saya pun akan sehumble mereka.serious ckp diorg memang sangat respect each other. tak pernah nak perlekehkan students.admire sgt ngan sikap mcm tu.

Balqish n Dylan

hari ni windy kat sini.kuat sangat angin.

masa hantar balqish g school mcm nak terbang rasanya. pandai plk balqish ckp
"i think today is wind's birthday. wind try to blow the candles.that's why the wind is so strong today"

cutekan pemikiran budak2 nie.

dua minggu lepas, hari jumaat balqish bawak balik beg dari school.
rupa2nya every weekend, sorg student akan bawak balk anak patung ni.
pastu kena tulis kat diary Dylan apa aktiviti yg diorg buat sama1.


nama die Dylan. Dylan the dog.



pastu ada diary Dylan.dah ramai yg bawak balik Dylan.


mostly kawan2 balqish just conteng2 lukis gambar je dlm diary tu.


kebetulan minggu tu snow n nak g sledging.so,bawakla si Dylan nie sekali. tapi dah tuan Dylan pun asyik menangis je sejuk..takde la Dylan enjoy sangat pun. dapatla sledging kat tempat rata je.nasib la ko Dylan.

Dylan teman Balqish buat kumon gak.pastu tido malam pun sesama.kemain die menyusun bff kesayangan die.penuh satu bantal!


ni dalam diary Dylan.Part balqish....biarlah dia melukis suke hati die.hahaha.


ni diary Dylan.page untuk balqish.semoga jadi kenangan sampai bila2.


Isnin hantar Dylan semula kat Miss Whitney. Bye-bye Dylan. jumpa lagi!

Pages - Menu