lepas geram epi 1

saya ada satu benda la cerita.

saje nak berkongsi.
teringat masa kat ofis malaysia dulu, hari isnin biasanya hari paling banyak bercakap.
saya satu ofis ngan mun..hai mun!
kitorg ni rajin bercerita.
bukan bercerita pasal org yea.bercerita pasal diri sendiri.
kekadang ada la selit2 cerita org.
seronok tau masa tu.lagi plk bila dah petang,dah nak balik rumah tu.sampai kadang2 sambung esok.
hari selasa,rabu,khamis,jumaat of course la banyak cerita.
isnin? isnin lagi dahsyat sbb tak jumpa sabtu ahad kan.sabtu ahad la banyak aktiviti.
hahaha.
kalau tgh banyak kerja a.k.a bz, siap sound awal2 "mun..hari ni x boleh bercakap,sebab nak kena fokus". tp akhirnya terjebak jugak.kekeke.
tp itu dulu...sob sob sob.rindunya saat2 tu.

sebenarnya nak citer nie hah.
eh..korg pernah ada kawan kedekut ilmu tak masa kat sekolah ke..time study uni ke?
masa kat sekolah rendah n menengah kengkawan sume baik2. walaupun ada exam..ada no 1,2,3 takde pun yg kedekut ilmu.
yg kurang pandai mintak tolong yg pandai ajarkan.
yang pandai plk kalau diminta tolong explain,cuba jugak explain walau rasa mcm nak pong pang..apesal la tak paham2 budak nie.
boleh pulak esok nak exam sejarah, malam nie ada yg pandai sejarah bercerita plk sejarah bab 1,2,3,4 seterusnya. yg malas membaca terlopong dengar.dgn harapan..ish...mcm dengar cerita lagi cepat masuk ni.esoknya terbayang2 la muka org yg bercerita sambil lupa dah tahun2 n fakta yg perlu ditulis.
hairan kan..ada kedudukan dlm kelas, kedudukan dlm tingkatan pun kengkawan tak kedekut ilmu.
saling bantu membantu.
sebab tu saya sayang kawan2 sekolah menengah saya!

bila masuk uni.
culture shock.terkejut hockey.
takde sistem nombor.takde kedudukan dlm kelas,takde kelas pandai,kelas bodoh.
tp....ada yang KEDEKUT ILMU.
dapat jawapan tutorial..simpan.
bagi kat kalangan kawan2 terrrrapat je.
dapat hint final..telan sorg2.
ishhh..tak paham kan umat mcm tu?
ada! ADA!
padahal bukannya GPA menentukan aku no1 ko no2 pun.
kalau dapat 1st class sama2 naik pentas..duduk sebaris lagi.cuma kalau nama ko huruf A ko naik la pentas dulu.
alaa..yg suka sembunyi2..simpan2 ilmu tu bukannya kemana pun..GPA lebih kurang je.kah kah kah.
kesimpulannya,saya tak paham,kenapa mesti nak kedekut ilmu.
ilmu ok.ko ajar orang.ko lagi pandai 10x.lagi paham 100x.taknak ke macam tu.pahala toksah citer la.
saya tak berdendam. cuma saya ingat..ingat sampai bila2 muka-muka yg dulu kemain kedekut ilmu tu. 
time susah...nak mintak tolong,pandai pulak carik aku! Geram.

kat lab skang nie seronok.
seronok yea.berlainan bangsa.agama.budaya.
tp langsung TAK kedekut ilmu.
tanya satu baris..boleh jawab 10 baris.
bila viva..alhamdulillah..sorang..sorang lepas.belum ada lagi yg gagal.
harap2 saya pun akan jadi seperti mereka satu hari nanti.

eh..sebenarnya nak citer benda lain. dah terkeluar benda lain.tp ni intro. pasal kedekut2 maklumat nie la.esok saya sambung episod kedua yea.nantikan lepas geram episod 2.hahaha

0 comments:

Pages - Menu