balqish n arryan lagi

februari kan bulan nak gong xi fa chai.

kat sini kan tak banyak adat.kesian kan omputih?so, sebab next month chinese new year..theme minggu ni adalah chinese new year.

macam2 la diorg belajar pasal chinese punya language, culture.
budak2 kan suke la.


senang je satu ayat. isnin depan kena present masa assembly.kena pakai baju merah.tp balqish ckp,teacher pesan pakai baju biasa jgn pakai yg sparkling2.hahaha.nampak sangat mommy die ni selalu lebih2.ok. senang la camtu.pakai baju yg sedia ada je. selamat duit mommy.hahaha.
kalau nak tau..ini rasanya notes yg ketiga kot. mesti ada budak yg tak hafal2 lagi..tu yg teacher keeps remind parents suh pantau anak2.setakat satu ayat.ape la sangat.kiranya mommy menang la.
ingat lagi mommy dulu (ni nak story kat balqish)..masa umur 4 thn dah pandai baca.umur 5 tahun dah start baca suratkhabar. pernah sekali atok sblh rumah tertinggal spec mata, mommy tolong bacakan utk die.kemain kagum atuk tu. sampai mommy besar die duk ungkit2.masa 5 tahun gak duk nangis2 nak masuk tadika kemas.tp mak tak bagi sbb die kata kecik lagi.frust sgt. masa masuk tadika 6 thn tah camane terkantoi kat cikgu along mommy pandai baca. terus die suh hafal satu cerita n buat persembahan masa penyampaian sijil.kalau tak silap, tajuk citer tu 'pelita'. cikgu relax je..yg lebih2 abah la. siap sediakan props sume. pastu abah la yg latih hari2. setiap hari kena hafal satu perenggan. bila abah balik kerja kena make sure dah hafal.kena diri atas kerusi pastu start la bercerita. dah lupela cerita pelita tu pasal ape..tp moment2 indah tu akan dikenang sampai bile2.

bila masuk darjah satu,upgrade sket.masuk pertandingan bercerita peringkat blok.wakil blok uolls. yg karangkan cerita..abahla. cerita 'tupai menolong kambing'. menang hokey. siap kena buat persembahan masa sambutan hari peneroka. tu cerita masa kecik..kalau suh buat semula.taknak la.segan. gambar2 masa tu ada lagi.tp kat rumah malaysia la.kalau ada kat sini boleh tunjuk kat balqish.

tak sabar nak tunggu isnin depan.nak tgk balqish atas stage. sepotong ayat pun takpe. janji balqish boleh ckp dgn confidence. Go go Balqish. Mommy..daddy n arryan support dari bawah yea. kalau ada jual chongsam mesti bestkan?

meh citer pasal debab demuk saya nie. bila dah pandai jalan..start la explore sana sini. geram.panjat pun teror yea. rasa nak gigit2 je die ni. balqish kalau nak buat homework kumon dah takleh buat kat meja sendiri..kena buat kat meja tinggi sket sbb arryan pun nak berkumon gak. ni port kesukaan arryan.gemuk2 pun muat gak menyelit celah kerusi abwah meja. bila dah tersepit pandia plk menjerit mintak tolong.ishh..rindunya kat si kecik nie.





0 comments:

Pages - Menu