mari menjala

petang2 balik dr lab mmg kena naik bas sbb arryan kan takut gelap.kan dah citer dulu kan?

mommy la yg kena berkorban.
naik bas takde hal.tunggu bas takde hal.yang menjadikan hal nya tunggu bas dalam kesejukan dan kegelapan.

selalunya bila keluar lab mula la berlari2 anak ke bus stop sbb takut kalau bas lalu nnt menyesal tak sempat nak naik.
pulak tu..kena seberang ke jalan sebelah sana tuk g bus stop.
tadi..dah lari2....sampai bus stop.lega.takde bas lalu lagi.
biasanya akan keluarkan duit tambang siap2 £1.80. pastu baru keluarkan hp utk godeh sana godeh sini mengisi masa lapang.
biasanya akan ada org tunggu sama2.tp td saya sorang2.
nak pakai spek malas -dah malam..tak nampak no bus.
biasanya traffic teruk so..bus slow je la kan.tp taxi trafic smooth je.
rasa bosan.keluarkan handphone.
bukak fb.
baru nak baca..tetiba ada lelaki hensem lalu kat sebelah (ampun darling).
toleh lelaki hensem.tetiba dengar bunyi bas.
arrrghhh..dah terlepas.menyesal giler.
menyesal sebab keluarkan fb dan toleh lelaki hensem.
rasa nak nangis.dah la sejuk.gelap.nak tunggu next bas..bila la agaknya.
rasa marah kat diri sendiri. tetiba berazam..ok lenkali jangan keluarkan hp sblm bas dtg.
bas kat sini xkan berenti kalau kite tak buat sign suh die berhenti.
benci.

pujuk diri sendiri.dah makin sejuk ni.duk la cakap..kalau aku naik bas tadi mesti dah nak sampai rumah.
tetiba ada bas lalu..tapi bukan no 10/ no 11.
lalu lagi satu bas.pun bukan.
dtg sorg makcik sesama tunggu bas.
baru lalu bas no 10.lega sket hati.

pagi td masak kari daging.pastu sblm pegi school ckp kat darling saya..bestnya kalau dapat buat roti jala makan dengan kari daging.
biasanya kalau ckp mcm tu depan mak, mesti balik2 je dah ada roti jala atas meja.
so..masa sampai rumah tadi..tetiba terfikir..tah2 dah ada roti jala atas meja.
terus masuk bilik, tukar baju..pegi living room.
pegi dapur.takde pun roti jala.terus muka sedih. ambil arryan main dengan arryan.
tetiba darling dtg tanya kenapa sedih....jawapannya sebab takde roti jala.memang la nak kena gelak.
mana nak jaga arryan, nak menjala lagi. memang tak la.hahaha.
pastu darling saya pujuk..jom kita buat roti jala.
terus muka manis.hahahahahaaaa

terus taip resepi roti jala.sukat2.blend.tapis.
darling saya pun mula menjala.saya ni allergic sket bab duduk lama2 tunggu tepung atas api ni.bosan.
saya tukang gulung2.
yeay! 1st time buat roti gala di newcastle n jadi.
makan dengan kari daging memang asiiikkkk..

ni resepi roti jala yg saya ikut.

- 3 cawan plain flour
- 3 cawan air/ santan
- 1 ts garam
- 2 and half Ts minyak masak
- sebiji telur
- pewarna kuning

kacau2.blend.tapis.
pastu boleh menjala.gulung n makan.best2.boleh buat lagi lps ni.


masa nak cari benda yg guna tuk menjala tu terjumpa acuan karipap.tetiba rasa nak makan karipap pulak.tp x reti buat. tetiba darling saya  cakap "abg tau kelim karipap".....ok.nnt kita buat projek karipap pulak ye.

0 comments:

Pages - Menu