my lova

semalam saya puasa.

alhamdulillah habis sehari.
dalam kul 2.30pm tetiba rasa..eh..lagi sejam lebih nak buka posa.hahaha.bg chance ok.aritu i dah puasa berbelas jam.

hari ni insyaAllah.last day ganti puasa.yuhuuuu.
sahur pun tadi bangun kul 6am.terkejar2 sahur.dengan arryan dah start merengek2.
semalam berbuka dengan salmon bakar.sedap wwoooo..cicah dengan kicap tumis dengan bawang n lada cili.
smlm tekak rasa teringin nak makan pavlova.
sempat jugak tu buat.
tekak teringin nak minum air sirap bandung.
teringat sirap bandung abg din buat, tanya k.aishah abg din letak ape.
abg din letak soda sket.hmmm..soda takde.susu pekat pun takde.terbantut rasa nak minum sirap bandung.minum nescafee je la.
sampai tido takde mood nak makan pavlova.
bukak fridge hari ni.bestnya pavlova!
buka puasa kang, benda pertama nak makan pavlova.
nasib baik ada strawberry sbb aritu xde.skang bkn musim strawberry. hari tu saya ganti ngan buah cherry n blueberry.tp saya tak makan pun ,tak tau la rasa die camane.
mau resepi? senang je pavlova newcastle nie.

dia ada 2 part meringgue n topping.

bahan2 utk meringgue
4 biji putih telur.putih je tau!
3/4 cawan gula kastor
1 Ts corn flour
1 ts lemon juice
1 ts esen vanilla

nak buat camane?

guna hand mixer....pukul 4 biji putih telur sampai berbuih2.ingat! berbuih2 mcm sabun dikocak2.masukkan gula sket sket dan pukul lagi sampaila jadi kaler putih snow white bila diterbalikkan die tak tumpah. pastu masukkan bahan2 lain, gaul rata2 guna spatula.

dlm masa yg sama, panaskan oven 150C dlm masa 15 minit.

terpulangla.ada org lukis atas kertas minyak n tuang. saya suka letak dlm loyang sebab senang nak makan n nak simpan. maklumla...yg kuat makan arryan je.hahaha.kitorg makan sket2.

dah 15 minit? turunkan suhu ke 140C then masukkan meringgue tadi.tunggu la sampai 1 jam.masaklah ia. kalau dah satu jam off oven tp jgn keluarkan dulu, biar die sejuk sendiri dlm oven.

saya tak tau la...saya yg tak reti ke.tp setiap kali buat,mula2 die naik elok je.pastu die retak seribu.tp takpe boleh cover ngan topping.hahaha.

bahan2 utk topping.

whipping cream - beli la sebotol kat asda yg kaler hijau tu
1/2 cawan icing sugar

masukkan dalam mixer bowl...putarrrrrrr! sampai jai mcm likat2.
tepek2 la atas meringgue tadi.
potong2 la buah kiwi n buah strawberry banyak2 n tabur. 
eh..kekadang yg jual punya ciput je die letak buah atas tu ek?
kena letak buah banyak2 sbb pavlova manis + buah masam = rasa enak bangat!
kekadang saja potong strawberry n kiwi kecik utk standby.bila nak makan, letak buah banyak2.sedap woooo.



ni utk kawan2 di lab.harap diorg suka la ;)


0 comments:

Pages - Menu