dari kecik..bukak2 mata je.
mmg tradisi keluarga turun menurun.
tak kira bz macammane pun.
setiap maghrib solat berjemaah adalah wajib!
wajib utk semua org!
tak rasa terpaksa.tp seronok.especially kalau atok dtg.atok akan jadi imam.
masa tu suka dgr atok baca al-fatihah sbb suara dia mcm ada gigil2 sket.
pastu esoknya..duk ejek2 ajuk2 atok. alfatihah utk atok tersayang.rindu nak dengar bacaan al-fatihah tu lagi.
pastu biasanya atok ajah (nenek) akan aturkan saf perempuan.
yg tua2 belah kanan sekali..budak2 belah kiri.
ikut umur.saya mestila yg paling kiri.
kalau atok imam, abah tukang baca iqamat.
kalau atok takde, abah imam...akak tukang baca iqamat.kekadang mcm berdebar2 sbb kadang2 abah cakap "G..baca iqamat". malu >___<'. arghh mengada2 aaah.
pastu bila adik lelaki besar..adik lelaki plk tukang baca iqamat. eh..abah tak pernah suruh mak ek.tak adil ni.
seronok bila solat jemaah ni. lepas solat..duduk zikir sama2. abah baca doa..kitorg aminkan. Ya Allah..rindunya suasana mcm tu.
kalau atuk datang kena berwirid sampai isyak.masa tu..selalunya saya sampai tertido2 kat riba mak.
kesannya? mengeratkan lagi silaturrahim ahli keluarga.seriusss...
kalau buat salah siangnya, lepas solat kan kena salam, cakap la dalam hati minta maaf..nak ngaku depan2 takut.hahaha.
pastu satu lagi acara wajib setiap mlm jumaat adalah bacaan yaasin.
abah akan jadi ketua.
tapi kena baca yaasin kuat2. suara saya la yg paling kuat sampai cik yah sebelah rumah pun dengar... "pandai ogy baca yaasin"...ekkekeke..kena puji.masa tu kecik lagi.memula rasa bangga tetiba malu pulak. next jumaat slowkan sket volume.
selalunya time baca yaasin abah letak air kat tengah2.pastu minum ramai2.
ingat lagi malam jumaat pertama saya di asrama, mak bagitau malam tu abah baca yaasin abah menangis sebab teringat kat saya. dushhh..homesick wei bila dengar.
dan sekarang..saya cuba nak terapkan budaya tu pada family kecik kami.
solat jemaah utk maghrib mmg tak dapat.sebab saya solat di lab.
balik2 dah masuk waktu isyak. biasanya bila darling saya jaga arryan baru saya solat isyak n balqish pun alhamdulillah nak ikut sama. sejuk hati bila anak kita cakap "mommy..i want to perform solat, i wanna be a good muslim".
balqish memang anak yg baik.
balqish anak solehah.
semoga arryan juga jadi anak soleh dan sebaik balqish. amin.
serius..lepas baca yaasin sama2 rasa lapang dada.
setiap mlm jumaat saya terkenangkan mak dan abah kat malaysia.
mesti mak dan abah pun baca yaasin hari nie.
mak pun pesan..ingat...rajin2 baca yaasin ye.
dan sekarang... cuba tambahkan lagi dengan baca surah al-kahfi.
kami baca yaasin lepas solat isyak la.sbb lepas maghrib tak sempat musim2 winter nie.
semoga tradisi keluarga ini akan turun menurun.
kadang2 saya terfikir..kalau sekali seminggu pun susah nak baca yaasin, bila masa diorg baca yaasin utk sedekahkan pada yg dah takde.
semoga anak2 saya pun sekurang2nya akan baca yaasin setiap mlm jumaat utk disedekahkan pada kami berdua bila kami dah takde satu hari nnt.amin.
-mak n abah akan pergi umrah 8 april ni.semoga Allah permudahkan urusan mak ngan abah.seronoknya. semoga kami sekeluarga berpeluang jugak menjejakkan kaki ke Mekah satu hari nanti. AMinnn...amin yarabbal-'alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment