suatu hari nanti akan menjadi kenangan

nak tgk gambar saya bersledging tak?

nak tgk?
gambar ni tak kuar fb lagi tau.
kiranya...awak..awak..yg baca blog nie antara org terawal la tengok.
credit goes to...darling saya.
tp die sedih gambar die takde.
ada sekeping je.
takpe. jumaat nie dengar2 snow lagi.
so sabtu kita repeat ok.

gambar malas nak susun ikut urutan.layan je la ye.
ni masa baru2 sampai.jauh gak nak ke cowgate.kena naik bridge nie.
nak dukung arryan tak larat weh.dah terbiasa tolak stroller je..sekali sekala dukung macam nak patah pinggang. 10.8kg tau!
solution : duduk kan dlm sledge.tp asyik jatuh je.last2 baringkan.
die tak stabil sbb pakai baju astronaut tu la.


cantik kan laluan nie.kalau musim lain mesti lain view die. so..darlingku...kita wajib ambik gambar kat sini for every season k.


tiga famili yg join. family mar n hairy..pastu bai n azizul. azizul n khairy masing2 dah laju je ke depan. yang mak2 nie terkedek2 bawak anak kecik.hahaha.


ini gambar sebelum dapat idea utk baringkan arryan dlm sledge tu.


 tu khairy n madyhah dah kat atas.sedang menuju ke puncak famili azizul bai n arissa.


ok la nie darling..ada jugak gambar kan. sebenarnya banyak je gambar die tp sbb saya kan tak reti ambik gambar..sume tak kena kat mata dia..so..gambar saya la yg banyak.hahahaha


pipi arryan dah merah gile sebab sejuk. panas merah..sejuk pun merah.tp die tak nangis pun even memang sejuk gilerrr.grrrrrr


bapak2 sledging dulu.mak2 jaga anak. jap lagi servis bertukar tangan yea.


actually masa kitorg g tu snow belum mampat lagi.mcm tak best la nak sledging. pastu diorg ckp biasanya diorg sledging kat bukit sana tu. weii..tak larat nak panjat satu lagi bukit. last2 kitorg suh azizul g tgk port..hahaha...semput die.


arryan..menyusu dimana2. sempat lagi ye.isi minyak.


ni mayra. lahir kat newcastle jugak. rasanya budak2 yg lahir newcastle nie mmg tahan sejuk la. selamba je die main snow.kakak die dah menangis2 dah sejuk.


lepas dua tiga kali sledging masing2 dah penat. sledging mmg best tp nak naik bukit semula tu yg buat mengah.


takde la kitorg je yg jakun ngan snow. ada gak satu group mat salih nie. lagilaaa..takde sledge pun.ada sorg tu pakai tray je.yg lelaki plk die balut ngan plastik sampah hitam je.hahaha.lawak betul.


masing2 ada anak sekolah. so..pkl 2.45pm kitorg kena la turun bukit tu.sebab tu balqish takde. nak pergi semula lps tu mmg tak larat la.tak bgtau pun kat balqish yg kitorg g sledging.kesian plk die.


sblm balik with crystal tree.


suke wei. tapi takkan nak berlonjak2 plk kan.


angkat kaki sebelah means....tak larat weiiii.


sekali lagi..baringkan n tarik. arryan senyap je.siap try nak pegang2 snow..


darling..sabtu nie kite g lg ek.bawak balqish.papehal kena beli kasut snow dulu.tak tahan sejuk.

0 comments:

Pages - Menu