assalamualaikum...
jawab yea.tak ajwab dosa.
hari ni cerita serius sket.
sebenarnya.sedih.balqish tak sihat.
pagi2 bangun kul 6am mintak nak mandi sbb die rasa panas.tp badan die tak panas pun.
masa mandikan die mcm blurrr...
pakaikan school uniform..pastu dia terbaring je.
semalam die tak makan nasi.
alaaa...kenapala balqish nie. risau kalau dia sakit sebab selalu happy go lucky je.
ish anak..anak.
tapi tak boleh buat ape.
kena jugak g lab. insyaAllah darling saya boleh tengok2kan balqish.
eh...pastu saya tanya balqish nak g school tak?
dia kata tak larat..
terus suh die tukar baju n baring.pastu call sekolah die bgtau tak dtg sekolah.
kat sini strict tau.kalau anak tak g school kul 900-930 kena bgtau school.sebab lepas 930 die akan bagi nama student yg tak hadir n pihak sekolah akan cari sorg2 setiap rumah. dahsyat tak dahsyat laaa.
pernah dulu ada sorg ni anak die mmg muka cam omputih tp die malaysian la.
masa raya aidiladha kalau tak silap kan weekdays.mana yg muslim nie mmg teacher tau la takkan dtg punya. tp tetiba teacher dtg rumah carik budak ni. puasla budak ni ngaku dia muslim.hahaha.kata abg kamarul ' he is our first visitor'. siap jemput makan ketupat n rendang lagi.hahaha.tp die kata tak sempat, ada ramai lagi nak kena cari.mmg diorg akan cari n seret bawak g sekolah.so, kena inform awal2.td pun receptionist tu dah pesan, kalau esok tak ok lagi kena call semula inform.baik!
balik semula citer anak2.
ish..saya mmg takleh tgk anak sakit.rasanya biarla diri kita yg tanggung sakit die tu.
rasanya sume mak macam tu kan?
arryan qusyairy? alhamdulillah.sihat walafiat.itu kalau sihat kemain lincah ke sana sini.mana die dpt energy tah. tadi dah penat2 main pen tido pun duduk sambil pegang pen.lawak betul la arryan tu.
kitorg ni susah nak dpt anak..so..bila ada nie mmg la nak kena jaga betul.
baca kan entry chronology?
itu rasanya just 20% daripada usaha sebenar nak dapatkan arryan qusyairy.
banyak lagi yg off record.
berurut rasanya lebih 5 tempat. setiap kali urut kena buat 3 kali plk tu. kitorg tak kira la ceruk mana..mane org kata bagus kitorg g je. pernah sekali berurut ngan pakcik sasau.tu la pertama kali n terakhir. taubat wehh..takkan pergi lagi! tapi nak anak punya pasal, cuba gak tebalkan muka.pastu nyesal..sbb tak mengandung pun.hahaha.
ubat?perghh macam2 asal org ckp..kayu nie bagus.beli telan.
susu kambing tu siap runner g beli yg betul2 fresh kat lorong depan pura kencana.eh ape nama tempat tu ek. alaaa..baru setahun tak duk situ dah lupa dah nama jalan tu.
darling saya pulak siap berkorban hisap rokok. tp tu bagus la. berbuih mulut suh die berenti hisap rokok.last2 bila cakap tah2 susah nak pregnant sbb rokok. tup tup die berhenti.alhamdulillah..sampai sekarang tak merokok dah. merokok kat uk? gilo.dah la mahal.tp xde la lepas berhenti rokok tu saya terus mengandung.
paling frust + sakit ati bila baca suratkhabar baca citer org buang baby.ni mmg saya takleh terima. setiap kali call mak bgtau kat mak...kita beria2 nak anak, org dapat anak duk buang2 plk.geram sangat tau!
kakak saya pun dah 4 tahun kawen, masih belum pregnant.nasihat saya utk sesiapa yg susah nak pregnant nie..usaha la selagi termampu. solat sunat hajat, dhuha....doa semoga Allah kurniakan rezeki anak pada kita. saya dah alami semua tu.InsyaAllah..kalau ada rezeki kita, ia akan hadir dalam masa yg tak disangka2.
sebab tu setiap kali arryan buat hal..die kan terlebih manja..nak marah pun kena pikir 40kali sebab darling saya cakap 'susah nak dapat die ni..kena jaga betul2'.pendapat saya la..kalau baru kawen tu..takyah la nak plan2. kalau boleh anak pertama n kedua tu biar rapat (kalau ekonomi family n keadaan mengizinkan). pastu nak plan..plan la.sekurang2 anak 1st dah ada kawan kan. semuanya dengan izin Allah.kalau yg jenis subur tu.bersyukur la yea.
kena sambung kerja.jasad di lab.hati di rumah.macammane la balqish agaknya.harap2 die dah ok.tolong doakan balqish sihat yea!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment